BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 15, 2011

i need work


5bulan da kot dok mkn tdo kat umah...oppss...tolak sebulan 4bln...keji sesangat...da dpt koje ditolak..org kol interview ade jek yg mnghalang nk g..nasib badannnn...rezeki mencurah time masa yang x kene...time aku jd enamuretor aritu 4,5 kol masuk suro g interview tp kne tolak sbb berada di luar kawasan...sekarang ni tgh free..hampehh..main amik jek kje kang ade plak suare2 yg berkate 'ko blaja tinggi2 tp keje ni'.....aduyaiiii....nk buat cenggane...barulah aku dpt rasekn betape peritnye hidup seorng yg xde koje (xnk sebut penganggur...buruk bunyinye)..kikikiki



Thursday, June 9, 2011

sharing is caring: tips interview


sedikit tips utk readers ttg interview...harap mmbantu

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan

  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga

  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga

  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda

  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal

  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.


KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :

  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda

  2. Jawab dengan jelas dan lantang

  3. Kikiskan sifat ego anda

  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas

  5. Banyakkan senyuman

  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain

  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.


TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar

  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel

  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya

  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

  15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

  21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

  22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

  23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

  24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.



Monday, April 25, 2011

....PiCnIC....



bloggers...assallamualaikum...
sabtu mlm ari2 saye n kwn2 telah pergi berkelah di putrajaya ( ala2 karangan darjah3 la plak)...hhahahahha..

berkelah pukul 10 kot..kat PJH Putrajaya...gile kn...tp sgt best..ktorng wt mcm putrajaya tu ktorng yg punye....bentang selimut(ganti tikar) kat tgh2 padang...pas2 mkn reramai n memekak kat tgh padang tu...sampai x sedar org sekeliling 'menonton' ktorng...hahahhaha

mule2 segan sgt2 nk bentang kt tgh2 padang ni...(sbb org lain kt tepi2 padang jek) last2 wt x tw jek.sume nekad!! hik3


hilang stress wlpn belom abes exam lg kan,,,hik3




Monday, April 4, 2011

TERIMA KASIH




Berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hatimu,
kerana dia telah membuat hatimu lebih kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah membohongimu,
kerana dia telah membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah membencimu,
kerana dia yang telah mengasah ketegaranmu.
Berterima kasihlah pada orang yang telah menyayangimu,
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu

Monday, March 28, 2011

berhentilah berputar whai jam

ok....berehat sebentar bersama sama bolggers...hahhaha...jam kat didinding n lappy menunjukkn pukul 1.54am...masa yg sepatutnya aku berada di kamar beradu smbil disajikan dengan mimpi2 indah (mnjeling ke arah rumet)..huh,,jeluzzznye tgk die dpt tdo...sedangkan aku sedang berlari lari anak mnyiapkn keje2 yg WOW bnyaknye...


well, relax zaty(hati kecilku kate)...tidak2..mnggu dpan da presentation tesis(hati besar pulak kate)...grrrr..mcm mne ni???for sure sy x dpt present dgn cemerlang(padan muke!!)...maka dgn itu kamu harus mngurangkan aktiviti sampingan kamu...(jgn tdo byk sgt,jgn kuar byk sgt,jgn maen internet berlebihan sgt)...hik3..

kalu buleh jumpe lampu aladdin, aku nk gosok n wt permintaan agar jam stop berputar...agar ade mase yg lame utk aku setelkn kerja2 ni dgn sempurna....

sudah!!! g siapkn keje zaty!!!

Thursday, March 24, 2011

saya sgt busy...

yep...saya tersangat busy tp bloggers sekalian, sy tetap ingin berkongsi sesuatu dengan kalian....promo filem cun! sangat berjaya apabila yang hadir di luar jangkaan...wow....alhamdulillah, itu sahaja ucapan yg mampu diucapkan...wlpn pelbagai dugaan sebelum majlis tersebut..biarlah ia menjadi pengalaman bg sy dan crew GADIS MERAH JAMBU....dan sgt berbangga kerana 10 org gadis ini berjaya menjayakan majlis ini... (sy msuk dlm paper metro arini)...hik3


ok...satu perkara sudah setel...banyak lagi yang belum sempat disetelkan, gara2 event ini...dan sekarang saya sedang berlari menyiapkan kerja2 itu....moga dipermudahkan

"kepada sume yg terlibat secara langsung @ x langsung...ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan"

Monday, March 14, 2011

MAYA KARIN&REMY ISHAK DI UPM ALLZ!!!!


Salam 1 Malaysia....

...gadis merah jambu production membawakn maya karin n remy ishak ke UPM!!!!! dengan ini..sy nk promosi kepada SEMUA (x kire student UPM atau bukan student lg ke...@org luar UPM) dengan kata lain SEMUA ...x kira kecik,besa,tua,muda... 22MAC2011 (SELASE)...MAYA KARIN N REMY ISHAK akan dtg ke UPM di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi utk mempromosikan sebuah filem komedi romantik iaitu filem 'CUN'... dlm pukul 11.45am...uolzzz da buleh dtg utk sesi bertemu peminat...uolzz buleh la bergambar dgn dorng...mintak sign ke....n then, jgn lupe juge dgrkn wawancara khas bersama mereka di PUTRAfm 90.7MHz..pada pukul 11am pada hari yg same....

trailer crite ni sgt2 sweet...crite ni mngisahkn ttg sorang jejaka kampung nk try test awek bandar yg sgt cantek....31MAC2011 ni...filem ni akan stat ditayangkan...so...jom kite serbu panggung ramai2...Maka dengan itu,kalu allz nk jumpe pelakon utama filem ni...MAYA KARIN n REMY ISHAK...jgn lupe dtg tw.... Kt bawah ni..sy share kn trailer nye...




video




saya nk share kn juge....video ni...sweetttt sgt bile maya n remy duet.....

video




kepada semua..jgn lupa dtg ye !!rugi kalu x dtg..bukan senang nk jumpe maya n remy...kat sini la korang buleh jumpe face to face...boleh bergambar, bersalaman....mintk autograf...
dengan itu, sye undur diri dulu ye....salam 1 Malaysia